Hormat-menghormati antara kaum

    Hormat didefinisikan sebagai  perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang.Hormat-menghormati amat penting untuk memastikan masyarakat yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan damai.Justeru itu, tidak mustahil jika hilangnya rasa hormat dalam diri masyarakat, negara kita akan menjadi hura-hara kerana pergaduhan dalam masyarakat.Kita tidak mahu Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia berlaku lagi pada hari ini. Ini menunjukkan betapa pentingnya amalan hormat-menghormati dalam kehidupan seharian kita.

Nilai Hormat Menghormati Penting Dalam Kalangan Masyarakat

   Nilai hormat-menghormati ini perlu dipupuk sejak kecil lagi, bak kata pepatah “meluntur buluh biarlah daripada rebungnya”. Ini jelas menunjukkan bahawa peranan ibu bapa amat penting  dalam mencorakkan seta menanam nilai positif dalam diri anak-anak.Jika sejak kecil lagi sikap hormat-menghormati ditanamkan dalam diri anak-anak ia akan menjadi satu budaya yang akan dibawa sehingga mereka dewasa.

  Selain itu, ibu bapa juga haruslah menjadi contoh yang baik kepada anak mereka kerana tabiat orang dewasa akan menjadi ikutan kanak-kanak. Jika baik tingkah laku ibu bapa di rumah dan di luar rumah seperti mengamalkan nilai hormat-menghormati sesama jiran, keluarga dan orang sekeliling, ini akan memberikan pengaruh positif kepada anak-anak mereka.



Nilai atau rasa hormat boleh diterjemahkan dalam aktiviti harian seperti sikap bekerjasama tanpa mengira kaum, usia dan pangkat.Nilai hormat-menghormati adalah aspek penting dalam kehidupan bermasyarakat. Namun begitu, masih terdapat golongan yang menganggap sikap hormat hanya perlu diberikan kepada orang tertentu yang mempunyai pangkat dan dapat memberi keuntungan kepada mereka. 

Tuntasnya, nilai murni hormat menghormati sewajarnya diterap sebaiknya pada setiap genap lapisan masyarakat. Setiap orang memainkan peranan dalam memastikan nilai ini semakin menebal dengan didikan guru,asuhan ibu bapa dan pembentukan jati diri sendiri. Hormat menghormati bukan sahaja dapat menggalakkan semangat perpaduan bahkan masyarakat dapat hidup dengan harmoni tanpa sebarang ancaman walaupun terdiri daripada pelbagai ideologi, kaum dan bangsa. Keamanan negara kita pada hari ini adalah disebabkan nilai murni hormat-menghormati yang mempengaruhi corak kehidupan kita.



 Oleh : Nur Mazlin Binti Mazmi


Comments

Popular posts from this blog

Uniknya Negaraku, Malaysia!

Tafsir surah Al Hujurat ayat 13