Uniknya Negaraku, Malaysia!

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana penduduknya berbilang kaum dan budaya.

Tiga kaum di Malaysia terdiri daripada Melayu, cina, India telahpun menetap di tanah air ni selama 5 abad. Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 etnik terutamanya di Malaysia timur. Berikut adalah etnik yang terdapat di Malaysia:






Keunikan dapat dilihat dari pelbagai aspek, sebagai contoh dari segi adat dan kepercayaan,  pakaian tradisional, makanan tradisional, bahasa pertuturan dan macam-macam lagi.




Bertambah unik lagi apabila kita saling berkongsi citarasa, seperti orang melayu yang meminati juadah tradisional orang cina. Orang semenanjung meminati makanan dari Sarawak sebaagi contoh mee kolok. 


Nasi Kerabu merupakan makanan masyarakat  melayu yang berasal dari negeri Kelantan



Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangn tradisional istimewa bagi suku kaum kadazandusun, Sabah. Hinava boleh dikatakan sebagai  makanan yang paling popular di kalangan kaum Kadazan-Dusun,Sabah.



Mi kolok (mi kolo), mi kering atau mi rangkai (perkataan Iban yang bererti "kering") merupakan sejenis hidangan mi  yang amat terkenal di negeri Sarawak. 


Selain itu, ada diantara masyarakat Malaysia yang mempelajari bahasa lain sebagai bahasa ketiga seperti contoh orang melayu belajar bahasa cina dan sebaliknya. 

Dengan ini, jelas menunjukkan betapa uniknya negara kita kerana masyarakat sentiasa menunjukkan rasa ingin tahu yang mendalam sehingga ada yang sanggup belajar bahasa lain yang terdapat di Malaysia.

Berikut adalah jadual antara bahasa & dialek yang terdapat di Malaysia






oleh,

syazwani

Comments

Popular posts from this blog

Tafsir surah Al Hujurat ayat 13

Hormat-menghormati antara kaum