Aktiviti sosial melibatkan antara kaum
Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat.
Aktiviti Permainan antara Kaum
Aktiviti sosial adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecendurungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunaan sosial kehidupan masayarakat berkenaan.Di Malaysia,kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup mereka.Kebudayaan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang Melayu,orang Cina,orang India dan kaum yang lain.
Kelebihan Mengadakan aktiviti sosial
Di samping itu, aktiviti sukan dan permainan juga merupakan salah satu saluran bagi membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat. Sukan dan permainan yang dijalankan dapat dijadikan tali penghubung atau gelanggang pertemuan pelbagai kaum di Malaysia. Contohnya, bola kerajang , bola sepak , bola takraw dan lain-lain. Pihak sekolah memainkan peranan yang penting bagi membentuk perpaduan dalam kalangan generasi muda kerana sekolah merupakan medan pertemuan kaum yang semulajadi kerana penyertaan dalam aktiviti sukan tidak mengambil kira aspek kaum.
Tuntasnya, dengan mengadakan aktiviti sosial sebegini , kemakmuran dalam sesebuah masyarakat dapat dinaik taraf. Hal ini kerana, kita dapat mengenal identiti diri masing-masing serta dalam tidak sedar kita dapat menjalinkan hubungan antara satu sama lain tanpa mengira bangsa. Oleh itu, sebagai rakyat malaysia yang berbilang kaum kita mesti mempertahan hubungan silaturahim antara rakyat.Seperti orang dahulu berkata, didalam gelanggan kita bermusuhan , tetapi diluar gelanggan kita bersahabatan.
Oleh :Nur Mazlin Binti Mazmi
Comments
Post a Comment