Aman Damai Tiada sengketa :)
Aman damai tiada sengketa merujuk kepada persoalan yang akan saya kupaskan iaitu:
‘Bagaimanakah kita dapat memupuk kemakmuran dalam masyarakat majmuk”.
Pada pendapat saya, cara memupuk kemakmuran ini perlu bermula dari peringkat sekolah lagi, lebih lebih lagi sekolah rendah seperti kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
Antara langkah yang boleh dilakukan dengan menjadikan matapelajaran kajian tempatan sebagai subjek penting. Pelajar akan mempelajari dan mengenali dengan lebih dekat lagi tentang Malaysia dan warna-warni kehidupan di Malaysia. Pelajar juga akan lebih memahami ciri-ciri masyarakat setempat dan negara.
Selain itu, matapelajaran sivik juga membantu dari segi penerapan nilai murni dalam diri pelajar. Pelajar akan belajar nilai nilai terpuji. seperti saling menghormati, membantu antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa seseorang.
Di peringkat sekolah juga boleh diadakan sambutan perayaan seperti contoh sambutan hari raya peringkat sekolah. Sambutan ini melibatkan pelajar sekolah dari pelbagai peringkat umur. Sambutan perayaan ini memberi pengetahuan kepada pelajar bahawa di Malaysia terdapat perayaan yang pelbagai.
Sambutan Hari Raya peringkat Sekolah Kebangasaan Seri Bayu, Perak
Selain dari sambutan perayaan, pihak sekolah boleh mengadakan sambutan kemerdekaan di mana semasa hari tersebut pelajar memakan baju etnik masing-masing. Maka dengan ini pelajar akan melihat kepelbagaian dan uniknya negara tercinta Malaysia yang terdiri dari pelbagai etnik. Para pelajar jugak dapat belajar untuk menghormati adat dan kepercayaan antara satu sama lain.
Langkah daripada peringkat awal seperti yang dijelaskan di atas ini sebenarnnya dapat menanam sikap kasih sayang antara masyarakat Malaysia dan seterusnya dapat merelisasikan kehidupan yang aman damai dan makmur dengan cara betulkan persepsi minda sejak dari kecil iaitu kanak-kanak.
oleh,
Syazwani
Comments
Post a Comment