Ambil iktibar..
Tidak dinafikan bahawa ada juga isu perkauman yang berlaku di negara kita.
mari kita rungkai secara ringkas.
Peristiwa 13 Mei 1969
13 Mei – merupakan tarikh yang sangat sinonim dalam sejarah negara kita. Pada tarikh ini, berlakunya peristiwa berdarah yang tidak akan dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia terutama mereka yang mengalami sendiri peristiwa berdarah itu. Lebih menyayat hati, ada antara mereka yang menyaksikan sendiri pertumpahan darah gara-gara perbalahan antara kaum, hilang keluarga dan tempat bergantung akibat tragedi ini.
Isu bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik
Isu pasang bendera Malaysia terbalik sudah banyak kali dibuat, negara kita sudah 63 tahun merdeka dan ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita. Pemasangan bendera Malaysia terbalik dengan sengaja ini kerana mahu mempersenda selain pengkhianatan terbuka kepada negara.
Pesanan kami,
Isu isu seperti ini tidak akan berlaku jika kita memahami konsep kehidupan berbilang agama dan bangsa.
seharusnya kita semua mengambil iktibar terhadap perkara yang telah berlaku, agar sejarah tidak berulang lagi.
oleh,
syazwani
Comments
Post a Comment