Amalan Nilai Murni teras kemakmuran

Di negara Malaysia kita terdapat pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, dan India. Masyarakat kita dapat lihat pelbagai adat dan budaya yang ada di dalam setiap kaum. Usaha Memupuk kemakmuran dalam setiap kaum itu bukanlah mudah kerana di Malaysia pernah terjadi satu peristiwa yang tragik.


sebab berlakunya peristiwa 13Mei

Pada 13 Mei 1969, pernah berlakunya rusuhan kaum dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Peristiwa itu telah mengakibatkan perkauman dimana ia  meragut jiwa, harta benda, dan perpaduan di dalam bangsa kita.

Dan saya juga dapat mengetahui bahawa peristiwa sedemikian berlaku kerana ketidakadilan, tidak memahami agama dan budaya lain,dan tiada sikap hormat menghormati antara satu sama lain. oleh itu, kita sebagai masyarakat yang ingin akan perdamaian dan kemakmuran dalam negara mestilah terapkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing

Cara untuk memupuk kemakmuran

Oleh yang sedemikian, cara-cara untuk memupuk kemakmuran ialah dengan cara memahami agama dan bangsa lain, menghormati setiap bangsa, saling ziarah-menziarahi bagi megekalkan silaturahim antara kaum, dan tolong menolong tidak kira bangsa dan agama. Jika kita amalkan perkara sedemikian dalam diri kita, maka kita dapat memupuk kemakmuran antara kaum di dalam negara kita.

Dalam agama Islam kita juga banyak menceritakan tentang pentingnya perpaduan di dalam kehidupan seharian kita, Islam tidak memilih bangsa dan agama untuk hidup bersama. Islam itu mudah dan luas ajarannya, setiap manusia boleh mempelajarinya.

kesimpulannya, dalam membentuk keamanan dalam negara semua pihak dan masyarakat haruslah berganding bahu dan janganlah mengharapkan pihak kerajaan sahaja dalam mewujudkan perpaduan  di negara kita. Jadilah masyarakat yang prihatin akan sesama manusia tidak kiralah dari bangsa dan agama lain sekalipun. 


Sambutan Hari Wesak dan Berbuka Puasa pada tahun 2019
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kukuhkan-perpaduan-melalui-kepelbagaian-agama-208568


oleh :
Norsyafiqa Amelia Bt Mohd Junaidi


Comments

Popular posts from this blog

Uniknya Negaraku, Malaysia!

Tafsir surah Al Hujurat ayat 13

Hormat-menghormati antara kaum