Kesimpulan
Masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum , budaya dan agama memang menjadi cabaran kepada kebanyakan negara khususnya dalam mengurus kesejahteraan, keamanan, interaksi positif antara kaum serta keharmonian dan kehormatan antara adab dan agama.
Sebagai negara yang menuju kearah moden yang melakar masa depan lebih dinamik dan berusaha memposisikan diri sebagai negara maju, cabaran berterusan dalam arus globalisasi dan pasca kemodenan menjadi realiti perlu ditangani sebaik mungkin. semua Masyarakat perlu berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki kelurah sama dituruni , Sejajar dengan matlamat yang diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia iaitu, perlu wujud kesedaran dalam masyarakat usaha membina peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, seharusnya bertunjangkan persefahaman, tolak ansur dan rasa hormat-menghormati. Malaysia perlu dikenali bukan hanya makmur dari segi ekonomi dan pembangunan, malah menjadi negara beridentitikan kepelbagaian agama, bangsa dan budaya, sekali gus dapat bersama dalam suasana aman serta hamoni.
Perpaduan nasional harus menjadi misi penting bagi negara. Hal ini kerana dengan menjayakan perpaduan tersebut negara kita dapat membina masyarakat yang majmuk,oleh itu Keadilan dan toleransi perlu menjadi nilai asas kepada kerangka perpaduan nasional ini.
Tuntasnya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menggalas kewajipan ini. Pemimpin sebagai ketua penunjuk arah dalam merealisasikan agenda perpaduan negara.Persefahaman dalam kalangan pemimpin juga amat penting kerana jika mereka tidak sependapat akan menjejaskan pemikiran rakyat ke arah negetif, mereka adalah contoh terbesar bagi rakyat. Oleh itu, hubungan masyarakat berbilang bangsa dan budaya di negara ini adalah tanggungjawab semua warganegara.
oleh :Nur Mazlin
Comments
Post a Comment