Lagu Patriotik Satukan Kita

 


Lirik Lagu 1 Malaysia – Lagu Patriotik

Dunia kian berubah
Perubahan melingkari
Melaksana hasrat hati
Kejayaan terbukti

Dunia yang megah
Dengan misi yang gagah
Kerana perpaduan
Kita masih bersama

Chorus
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

Bermulanya sekarang
Perjalanan dilaksana
Seia sekata sehati dan sejiwa

Membina masa hadapan
Menuju kejayaan
Kita semua rakyat Malaysia
Harmoni, saling menghormati

Chorus x2
Kita satu bangsa, Kita satu Negara
Kita satu matlamat, oooo
Kita satu bangsa, satu Negara
Kita satu Malaysia

.

.

.

.

Jika dihayati bait bait lagu 1Malaysia ia seakan memberi suntikan semangat  perpaduan dan seterusnya memupuk kemakmuran antara masyarakat. Lagu merupakan salah satu kaedah yang dapat menarik seseorang untuk lebih memahami sesuatu perkara secara lebih mendalam kerana lebih mudah lekat di minda dan jiwa dengan olahan lirik serta alunan.


Liriknya amat bermakna dan mengajak semua bangsa tidak mengira darjat, agama, jantina menjadi satu bangsa demi negara tercinta. 


Setiap kali lagu ini diperdengarkan di radio mahupun televisyen secara tidak langsung dapat menanam semangat patriotisme. Apatah lagi jika di nyanyikan beramai ramai makin mendalam perasaan cinta akan negara.


Lebih-lebih lagi pada chorus:

Kita satu bangsa, Kita satu Negara

Kita satu matlamat, oooo

Kita satu bangsa, satu Negara

Kita satu Malaysia


Sebagai tambahan info, lagu ini telah dijadikan lagu tema Sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-52 iaitu pada tahun 2009. Sebenarnya lagu ini memenangi Pertandingan Mencipta Lagu 1 Malaysia.


oleh:

Syazwani



Comments

Popular posts from this blog

Uniknya Negaraku, Malaysia!

Tafsir surah Al Hujurat ayat 13

Hormat-menghormati antara kaum