Penerapan nilai nilai budaya dan warisan
‘Bagaimanakah kita dapat memupuk kemakmuran dalam masyarakat majmuk"
Pada pendapat saya, dengan cara menerapkan nilai nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian.
Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang merupakan kaum utama di malaysia. Dengan itu rakyat boleh berkongsi budaya kaum mereka sendiri dengan kaum lain seperti :
1. Pemakaian
2. Peradaban
3. Pemakanan
contoh :
1. Semakin ramai wanita bukan melayu yang memakai pakaian tradisional orang melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah di universiti.
2. Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati oleh kaun-kaum lain
3. Memperkenalkan adab-adab orang melayu kepada kaum cina dan india atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum masing-masing.
Oleh itu penerapan nilai-nilai budaya dan warisan berbilang kaum ini dapat menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan seterusnya dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum.
oleh :
Azifah
Comments
Post a Comment