Posts

Kesimpulan

Image
                       Masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum , budaya dan agama memang menjadi cabaran kepada kebanyakan negara khususnya dalam mengurus kesejahteraan, keamanan, interaksi positif antara kaum serta keharmonian dan kehormatan antara adab dan agama.    Sebagai negara yang menuju kearah moden yang melakar masa depan lebih dinamik dan berusaha memposisikan diri sebagai negara maju, cabaran berterusan dalam arus globalisasi dan pasca kemodenan menjadi realiti perlu ditangani sebaik mungkin. semua Masyarakat perlu berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki kelurah sama dituruni , Sejajar dengan matlamat yang diucapkan oleh  Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia iaitu, perlu wujud kesedaran dalam masyarakat usaha membina peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, seharusnya bertunjangkan persefahaman, tol...

Lagu Patriotik Satukan Kita

Image
  Lirik Lagu 1 Malaysia – Lagu Patriotik Dunia kian berubah Perubahan melingkari Melaksana hasrat hati Kejayaan terbukti Dunia yang megah Dengan misi yang gagah Kerana perpaduan Kita masih bersama Chorus Kita satu bangsa, Kita satu Negara Kita satu matlamat, oooo Kita satu bangsa, satu Negara Kita satu Malaysia Bermulanya sekarang Perjalanan dilaksana Seia sekata sehati dan sejiwa Membina masa hadapan Menuju kejayaan Kita semua rakyat Malaysia Harmoni, saling menghormati Chorus x2 Kita satu bangsa, Kita satu Negara Kita satu matlamat, oooo Kita satu bangsa, satu Negara Kita satu Malaysia . . . . Jika dihayati bait bait lagu 1Malaysia ia seakan memberi suntikan semangat  perpaduan dan seterusnya memupuk kemakmuran antara masyarakat. Lagu merupakan salah satu kaedah yang dapat menarik seseorang untuk lebih memahami sesuatu perkara secara lebih mendalam kerana lebih mudah lekat di minda dan jiwa dengan olahan lirik serta alunan. Liriknya amat bermakna dan mengajak semua bangsa t...

Terapkan Perpaduan Dalam Pergaulan Pelbagai Kaum.

Image
Tradisi pergaulan dan persahabatan antara kaum atau komuniti, sama ada berlainan agama , kepercayaan dan kebudayaan perlu dikekalkan dengan semangat perpaduan dalam diri. Salah satu usaha dalam menerapkan pergaulan dalam pelbagai kaum ialah amalan kunjung-mengunjungi pada musim perayaan. kaum lain datang mengunjungi pada musim perayaan kaum lain selain itu, pergaulan antara pelbagai kaum juga perlu diterapkan dalam diri anak-anak kecil. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka dapat bergaul dengan kaum lain dan tidak memandang rendah terhadap bangsa lain yang ada di negara kita. ini adalah link tentang galakkan anak bergaul pelbagai kaum. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh tekan link di bawah  👇  https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/02/252640/terap-perpaduan-galak-anak-bergaul-pelbagai-kaum Oleh : Norsyafiqa Amelia Bt Mohd Junaidi

Aktiviti sosial melibatkan antara kaum

Image
  Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat. Aktiviti Permainan antara Kaum   Aktiviti sosial adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecendurungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunaan sosial kehidupan masayarakat berkenaan.Di Malaysia,kepelbagaian penduduk telah mewujudkan ...

Hormat-menghormati antara kaum

Image
    Hormat didefinisikan sebagai  perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang.Hormat-menghormati amat penting untuk memastikan masyarakat yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan damai.Justeru itu, tidak mustahil jika hilangnya rasa hormat dalam diri masyarakat, negara kita akan menjadi hura-hara kerana pergaduhan dalam masyarakat.Kita tidak mahu Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia berlaku lagi pada hari ini.  Ini menunjukkan betapa pentingnya amalan hormat-menghormati dalam kehidupan seharian kita. Nilai Hormat Menghormati Penting Dalam Kalangan Masyarakat    Nilai hormat-menghormati ini perlu dipupuk sejak kecil lagi, bak kata pepatah “meluntur buluh biarlah daripada rebungnya”. Ini jelas menunjukkan bahawa peranan ibu bapa amat penting   dalam mencorakkan seta menanam nilai positif dalam diri anak-anak.Jika sejak kecil lagi sikap horm...

Amalan Nilai Murni teras kemakmuran

Image
Di negara Malaysia kita terdapat pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, dan India. Masyarakat kita dapat lihat pelbagai adat dan budaya yang ada di dalam setiap kaum. Usaha Memupuk kemakmuran dalam setiap kaum itu bukanlah mudah kerana di Malaysia pernah terjadi satu peristiwa yang tragik. sebab berlakunya peristiwa 13Mei Pada 13 Mei 1969, pernah berlakunya rusuhan kaum dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Peristiwa itu telah mengakibatkan perkauman dimana ia  meragut jiwa, harta benda, dan perpaduan di dalam bangsa kita. Dan saya juga dapat mengetahui bahawa peristiwa sedemikian berlaku kerana ketidakadilan , tidak memahami agama dan budaya lain ,dan tiada sikap hormat menghormati antara satu sama lain. oleh itu, kita sebagai masyarakat yang ingin akan perdamaian dan kemakmuran dalam negara mestilah terapkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing Cara untuk memupuk kemakmuran Oleh yang sedemikian, cara-cara untuk memupuk kemakmuran ialah dengan cara memahami agama dan bang...

Sekolah Wawasan

Image
Antara cara memupuk kemakmuran  dalam kalangan masyarakat adalah dengan... 'mewujudkan sekolah wawasan' Sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang mudah untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara kita.  Dengan pengenalan satu sistem pendidikan yand sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPN), ianya telah mewujudkan perpaduan kaum secara tidak langsung. Melalui pelaksanaan sekolah wawasan ini ianya juga dapat mempercepatkan proses perpaduan kaum. contohnya : Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur bersama murid-murid dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat antara sekolah. Penggunaan bahasa malaysia sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain.   oleh: Azifah