Posts

Showing posts from October, 2020

Kesimpulan

Image
                       Masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum , budaya dan agama memang menjadi cabaran kepada kebanyakan negara khususnya dalam mengurus kesejahteraan, keamanan, interaksi positif antara kaum serta keharmonian dan kehormatan antara adab dan agama.    Sebagai negara yang menuju kearah moden yang melakar masa depan lebih dinamik dan berusaha memposisikan diri sebagai negara maju, cabaran berterusan dalam arus globalisasi dan pasca kemodenan menjadi realiti perlu ditangani sebaik mungkin. semua Masyarakat perlu berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki kelurah sama dituruni , Sejajar dengan matlamat yang diucapkan oleh  Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri Malaysia iaitu, perlu wujud kesedaran dalam masyarakat usaha membina peradaban dan mencapai status kemajuan bagi Malaysia, terutama dalam merealisasikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030, seharusnya bertunjangkan persefahaman, tol...

Lagu Patriotik Satukan Kita

Image
  Lirik Lagu 1 Malaysia – Lagu Patriotik Dunia kian berubah Perubahan melingkari Melaksana hasrat hati Kejayaan terbukti Dunia yang megah Dengan misi yang gagah Kerana perpaduan Kita masih bersama Chorus Kita satu bangsa, Kita satu Negara Kita satu matlamat, oooo Kita satu bangsa, satu Negara Kita satu Malaysia Bermulanya sekarang Perjalanan dilaksana Seia sekata sehati dan sejiwa Membina masa hadapan Menuju kejayaan Kita semua rakyat Malaysia Harmoni, saling menghormati Chorus x2 Kita satu bangsa, Kita satu Negara Kita satu matlamat, oooo Kita satu bangsa, satu Negara Kita satu Malaysia . . . . Jika dihayati bait bait lagu 1Malaysia ia seakan memberi suntikan semangat  perpaduan dan seterusnya memupuk kemakmuran antara masyarakat. Lagu merupakan salah satu kaedah yang dapat menarik seseorang untuk lebih memahami sesuatu perkara secara lebih mendalam kerana lebih mudah lekat di minda dan jiwa dengan olahan lirik serta alunan. Liriknya amat bermakna dan mengajak semua bangsa t...

Terapkan Perpaduan Dalam Pergaulan Pelbagai Kaum.

Image
Tradisi pergaulan dan persahabatan antara kaum atau komuniti, sama ada berlainan agama , kepercayaan dan kebudayaan perlu dikekalkan dengan semangat perpaduan dalam diri. Salah satu usaha dalam menerapkan pergaulan dalam pelbagai kaum ialah amalan kunjung-mengunjungi pada musim perayaan. kaum lain datang mengunjungi pada musim perayaan kaum lain selain itu, pergaulan antara pelbagai kaum juga perlu diterapkan dalam diri anak-anak kecil. Dengan itu, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak mereka dapat bergaul dengan kaum lain dan tidak memandang rendah terhadap bangsa lain yang ada di negara kita. ini adalah link tentang galakkan anak bergaul pelbagai kaum. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut boleh tekan link di bawah  👇  https://www.bharian.com.my/taxonomy/term/61/2017/02/252640/terap-perpaduan-galak-anak-bergaul-pelbagai-kaum Oleh : Norsyafiqa Amelia Bt Mohd Junaidi

Aktiviti sosial melibatkan antara kaum

Image
  Perpaduan antara rakyat Malaysia merupakan satu keistimewaan yang memainkan peranan penting demi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. Banyak negara di dunia mencontohi Malaysia sebagai negara yang berbilang bangsa, agama dan budaya kerana keharmonian dan kemakmuran antara kaum serta budaya menjadi pegangan kepada pandangan positif rakyat antarabangsa terhadap Malaysia. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat. Aktiviti Permainan antara Kaum   Aktiviti sosial adalah amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecendurungan diri masyarakat berkenaan untuk pembangunaan sosial kehidupan masayarakat berkenaan.Di Malaysia,kepelbagaian penduduk telah mewujudkan ...

Hormat-menghormati antara kaum

Image
    Hormat didefinisikan sebagai  perbuatan yang menunjukkan rasa khidmat atau takzim kepada seseorang.Hormat-menghormati amat penting untuk memastikan masyarakat yang berbilang kaum hidup dalam keadaan aman dan damai.Justeru itu, tidak mustahil jika hilangnya rasa hormat dalam diri masyarakat, negara kita akan menjadi hura-hara kerana pergaduhan dalam masyarakat.Kita tidak mahu Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 adalah insiden rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia berlaku lagi pada hari ini.  Ini menunjukkan betapa pentingnya amalan hormat-menghormati dalam kehidupan seharian kita. Nilai Hormat Menghormati Penting Dalam Kalangan Masyarakat    Nilai hormat-menghormati ini perlu dipupuk sejak kecil lagi, bak kata pepatah “meluntur buluh biarlah daripada rebungnya”. Ini jelas menunjukkan bahawa peranan ibu bapa amat penting   dalam mencorakkan seta menanam nilai positif dalam diri anak-anak.Jika sejak kecil lagi sikap horm...

Amalan Nilai Murni teras kemakmuran

Image
Di negara Malaysia kita terdapat pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, dan India. Masyarakat kita dapat lihat pelbagai adat dan budaya yang ada di dalam setiap kaum. Usaha Memupuk kemakmuran dalam setiap kaum itu bukanlah mudah kerana di Malaysia pernah terjadi satu peristiwa yang tragik. sebab berlakunya peristiwa 13Mei Pada 13 Mei 1969, pernah berlakunya rusuhan kaum dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Peristiwa itu telah mengakibatkan perkauman dimana ia  meragut jiwa, harta benda, dan perpaduan di dalam bangsa kita. Dan saya juga dapat mengetahui bahawa peristiwa sedemikian berlaku kerana ketidakadilan , tidak memahami agama dan budaya lain ,dan tiada sikap hormat menghormati antara satu sama lain. oleh itu, kita sebagai masyarakat yang ingin akan perdamaian dan kemakmuran dalam negara mestilah terapkan nilai-nilai murni dalam diri masing-masing Cara untuk memupuk kemakmuran Oleh yang sedemikian, cara-cara untuk memupuk kemakmuran ialah dengan cara memahami agama dan bang...

Sekolah Wawasan

Image
Antara cara memupuk kemakmuran  dalam kalangan masyarakat adalah dengan... 'mewujudkan sekolah wawasan' Sistem pendidikan merupakan satu jalan komunikasi yang mudah untuk memupuk perpaduan antara kaum di negara kita.  Dengan pengenalan satu sistem pendidikan yand sama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPN), ianya telah mewujudkan perpaduan kaum secara tidak langsung. Melalui pelaksanaan sekolah wawasan ini ianya juga dapat mempercepatkan proses perpaduan kaum. contohnya : Aktiviti berkumpulan sekolah yang dijalankan secara teratur bersama murid-murid dapat memperkasa hubungan kaum di peringkat antara sekolah. Penggunaan bahasa malaysia sebagai bahasa perantaraan di sekolah-sekolah kebangsaan turut membolehkan pelbagai kaum berinteraksi antara satu sama lain.   oleh: Azifah

Aman Damai Tiada sengketa :)

Image
Aman damai tiada sengketa merujuk kepada persoalan yang akan saya kupaskan iaitu: ‘ Bagaimanakah kita dapat memupuk kemakmuran dalam masyarakat majmuk”. Pada pendapat saya, cara memupuk kemakmuran ini perlu bermula   dari peringkat sekolah lagi, lebih lebih lagi sekolah rendah seperti kata pepatah, meluntur buluh biarlah dari rebungnya.  Antara langkah yang boleh dilakukan dengan menjadikan matapelajaran kajian tempatan sebagai subjek penting. Pelajar  akan mempelajari dan mengenali dengan lebih dekat lagi tentang Malaysia dan warna-warni kehidupan di Malaysia. Pelajar juga akan lebih memahami ciri-ciri masyarakat setempat dan negara.   Selain itu, matapelajaran  sivik juga membantu dari segi penerapan nilai murni d alam diri pelajar. Pelajar akan belajar nilai nilai terpuji. seperti saling menghormati, membantu antara satu sama lain tanpa mengira agama dan bangsa seseorang.  Di peringkat sekolah juga boleh diadakan sambutan  peraya...

Penerapan nilai nilai budaya dan warisan

Image
  ‘Bagaimanakah kita dapat memupuk kemakmuran dalam masyarakat majmuk" Pada  pendapat saya, dengan cara menerapkan nilai nilai budaya dan warisan dalam aktiviti harian. Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India yang merupakan kaum utama di malaysia. Dengan itu rakyat boleh berkongsi budaya kaum mereka sendiri dengan kaum lain seperti : 1. Pemakaian  2. Peradaban  3. Pemakanan  contoh : 1. Semakin ramai wanita bukan melayu yang memakai pakaian tradisional orang melayu iaitu baju kurung ke majlis-majlis dan kuliah di universiti. 2. Makanan India seperti roti canai dan tosei juga semakin diminati oleh kaun-kaum lain                             3. Memperkenalkan adab-adab orang melayu kepada kaum cina dan india atau sebaliknya di antara kaum-kaum tersebut iaitu dengan lebih jelas melalui perkongsian peradaban di sambutan hari perayaan kaum masing-masing. Oleh itu pe...

Jadikan contoh tauladan :)

Image
'buang yang keruh, ambil yang jernih' contohilah sikap yang positif seperti yang ditunjuk oleh sesetengah orang. Jauhi sikap negatif, ambil pengajaran dan jangan ulangi lagi. Ada satu kejadian seorang remaja  telah melanggar sebuah kereta uncle cina. Apa yang terjadi selepas itu?!?!  nak tahu lebih lanjut? klik link dibawah . https://kisahdunia.com/dah-terlanggar-kereta-langsung-tak-marah-toleransi-uncle-cina-ini-dipuji-ramai/ kejadian ini jelas menunjukkan nilai murni yang diamalkan tidak kira agama dan bangsa. seharusnya sikap positif, bantu membantu seperti ini dijadikan contoh oleh kita semua. . . . . . . . . . Selain itu. sikap keprihatinan yang di tunjukkan oleh seorang wanita ini juga perlu di jadikan ikutan.  Tindakan wanita  tersebut meraih pujian pelbagai kaum di media sosial. Ramai yang terharu dengan kebaikan yang ditunjukkan. Saling mengambil berat, mengutamakan warga emas, bantu membantu tanpa mengira warna kulit.  untuk cerita penuh klik link ...

Ambil iktibar..

Image
  Tidak dinafikan bahawa ada juga isu perkauman yang berlaku di negara kita. mari kita rungkai secara ringkas. Peristiwa 13 Mei 1969 13 Mei – merupakan tarikh yang sangat sinonim dalam sejarah negara kita. Pada tarikh ini, berlakunya peristiwa berdarah yang tidak akan dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia terutama mereka yang mengalami sendiri peristiwa berdarah itu. Lebih menyayat hati, ada antara mereka yang menyaksikan sendiri pertumpahan darah gara-gara perbalahan antara kaum, hilang keluarga dan tempat bergantung akibat tragedi ini. gambaran/ suasana pada ketika 13 Mei 1969. peristiwa ini merupakan peristiea tragis buat rakyat Malaysia. Seharusnya ia dijadikan iktibar dan pengajaran agar tidak berulang lagi.  I su bendera Malaysia dikibarkan secara terbalik Isu pasang bendera Malaysia terbalik sudah banyak kali dibuat, negara kita sudah 63 tahun merdeka dan ini tidak sepatutnya berlaku di negara kita. Pemasangan bendera Malaysia terbalik  dengan sengaja i...

Uniknya Negaraku, Malaysia!

Image
Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana penduduknya berbilang kaum dan budaya. Tiga kaum di Malaysia terdiri daripada Melayu, cina, India telahpun menetap di tanah air ni selama 5 abad. Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 etnik terutamanya di Malaysia timur. Berikut adalah etnik yang terdapat di Malaysia: Keunikan dapat dilihat dari  pelbagai aspek , sebagai contoh dari segi adat dan kepercayaan,  pakaian tradisional, makanan tradisional, bahasa pertuturan dan macam-macam lagi. Bertambah unik lagi apabila kita saling  berkongsi citarasa , seperti orang melayu yang meminati juadah tradisional orang cina. Orang semenanjung meminati makanan dari Sarawak sebaagi contoh mee kolok.  Nasi Kerabu merupakan makanan masyarakat    melayu yang berasal dari negeri Kelantan Hinava Ginapan merupakan salah satu hidangn tradisional istimewa bagi suku kaum kadazandusun, Sabah. Hinava boleh dikatakan sebagai  makanan yang paling popu...

Tafsir surah Al Hujurat ayat 13

Image
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَىٰ وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ Mafhumnya : Wahai Ummat Manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu semua daripada lelaki dan perempuan dan  telah Kami ciptakan kamu semua pelbagai bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu semua saling berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia (diantara) kamu semua disisi Allah ialah yang paling bertaqwa, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kenal. ~ al-Hujurat(49), 13 Tujuannya Allah SWT menciptakan manusa dalam pelbagai bangsa dan suku adalah untuk saling berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain, bukannya mencari-cari perbezaan untuk meninggi diri atau berbalah, lebih-lebih lagi atas dasar bangsa atau suku. Mempelajari dan mengenali antara satu sama lain menjadikan kita rakyat Malayasia yang lebih menghargai keunikan negara kita. oleh, Syazwani.

Assalamualaikum, 你好 &vanakkam

Image
Assalamualaikum dan selamat datang ke blog kami.. Ahli blog yang terdiri daripada :  Nor Syazwani (04DPR19F2003) Norsyafiqa Amelia (04DPR19F2004) Nur Mazlin (04DPR19F2006) Nur Azifah (04DPR19F2002) Kami merupakan pelajar semester dua, Diploma Pemasaran dari Politeknik Kota Bharu. Kami berempat akan mengupas persoalan berikut: Malaysia terkenal dengan masyarakat yang berbilang kaum. Bagaimanakah kita dapat memupuk kemakmuran dalam masyarakat majmuk. Peta malaysia. Malaysia ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan iaitu Semenanjung Malaysia yang bersempadan dengan Thailand di utara dan Singapura di selatan serta Malaysia Timur yang terletak di bahagian utara Pulau Borneo kepelbagaian agama, bangsa dan budaya menjadi teras kepada kemajuan negara Malaysia.